Sunday, October 10, 2010

Cinta Kau Dan Aku - Siti Rosmizah

Ini antara novel terbaik dan paling best pernah aku baca. Review kali ni, novel Cinta Kau Dan Aku oleh Siti Rosmizah.

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

Sinopsis Dari Aku :

Kalau baca dialog kat atas sure dah boleh agak jalan cerita. Farisya Iman menjadi seorang model sambilan lepas SPM. Nekad berhenti dari dunia modeling selepas kematian bapanya. Dia bekerja menjadi driver kepada CEO FF Holding, Farish Hakimi. Farisya seorang yang lasak, gila-gila dan bergaya macam tomboy. Terpaksa bersetuju kahwin dengan Farish kerana terhutang budi. Pelbagai konflik berlaku sehingga jatuhnya talak satu walaupun ketika itu mereka sudah saling menyintai. Farisya Iman melanjutkan pelajaran ke UM sambil kembali aktif menjadi model. Plot bertambah menarik bila Farisya Iman akan berkahwin dengan Zulhaimi dan Farish Hakimi pula akan berkahwin dengan Suraya.

Novel Cinta Kau Dan Aku by Siti Rosmizah. Ceritanya sangat menarik dari awal sampai akhir. Setiap plot tersusun rapi. Even, cover page novel ni smart and simple. Bila aku dah start baca memang tak boleh nak berhenti sampai ending cerita. Salah satu naskhah karya Siti Rosmizah yang patut dimiliki oleh peminat-peminat novel melayu. Tak banyak boleh komen sebab bagi aku almost perfect.

By the way, aku bukan pakar analisis novel. Bukan editor yang berpengalaman. Cuma seorang pembaca tegar yang punya citarasa dan pendapat tersendiri. =)

.

6 comments:

nor said...

aku dah baca
urm 3.5/5
biasabiasa saja
t_____t

hakimfaridzul said...

eh, hebat kau letak button like!~

Cyfa TaeYang . said...

Waaa , sye mmg mnat novel yg Siti Rosmizah buat , tpy yg neyy ja yg tak bce lgi , Andai Itu Takdirnya , Lafazkan Kalimah Cintamu , 7 Hari Mencintaiku . Suma dah bce .

Kiki Kiari HMS said...

I nak beli novel ne, tapi smpai skng ada2 saja halangan... Orang kedai tu pun xbrapa nak recommend novel ne. hmm

kharol said...

Saye nie minat sangat pasal novel2 nie..satu hari boyfriend saye bagi novel Cint Kau Dan Aku nie....masuk tahun nie dh 10 kali dh baca...mmg best giler...ada satu part tu sangat sedih,mengalir air mata saye...senang cite ibarat saye ialah Nur Farisya Iman....

kharol said...

cite ni mmg best in the world...menusuk kalbu nie...ada satu part tu sedih giler..mengalir air mata saye...senang cite ibarat saya Nur Farisya Iman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...