Friday, March 18, 2011

(Khat Kufi) - Keindahan Seni Khat Tertua Tamadun Islam

Jangan terkejut pulak! Tiba-tiba je aku nak update pasal khat yang jarang di buat orang. Ni semua sebab semalam aku busy siapkan assignment Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Cari macam-macam facts dekat macam-macam website. So, ni aku nak kongsikan antara koleksi gambar yang menarik. 


Basically, koleksi lukisan ni semuanya adalah Khat Kufi. Mesti ada yang tak pernah dengar, kan? Aku pun! Ni first time tahu since aku hidup. Sebenarnya nama "kufi" diambil sempena nama sebuah bandar iaitu Kufah yang terletak kat Mesopotamia. Khat kufi merupakan tulisan khat yang tertua dan jugak merupakan tulisan asal kepada tulisan Arab. Sekarang dah jarang orang guna. Ada manusia kreatif yang abadikan khat kufi ni dalam potret lukisan dan dijadikan hiasan, memang cantik dan ada tarikan tersendiri.




Khat kufi mempunyai ciri istimewa yang tersendiri dan berbeza dari yang lain. Ianya mudah untuk orang detect sebab sifatnya yang bersudut-sudut dan bersegi. Punya ukuran seimbang yang buatkan tulisan khat ini nampak kemas dan ringkas.




Eceh! Macam buat presentation dalam kelas pulak. Ok, since zaman pun dah beredar dan masa pun berlalu khat kufi ini dah berkembang dan menjalani perubahan daripada bentuk asal kepada bentuk yang lain. Tapi, teras dan asasnya tetap sama dan masih kekal. Kalau lukisan smart macam ni letak kat dinding pun nampak elegan...=)

2 comments:

Anonymous said...

Maner nk beli yer,dah lama carik tp tak tau jual kt mana?

Anonymous said...

yer lor mana nak dapat yer yang segi 4 tepat tue cantik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...