Kalau biasa baca novel-novel melayu (love story to be specific) mesti akan kenal dengan novelis atau penulisnya. Haruslah dah ada dalam kepala minat karya-karya novelis mana. Ok, ini antara novelis favourite aku yang tiap kali keluar novel baru aku akan beli. Sure, ramai lagi yang minat novelis ni sebab 3 novel tulisan SR sebelum ni memang hit! dan gempak. Kan? Let me show you which novels...
Siti Rosmizah belum lagi terbitkan novel yang baru lepas 3 novel ni. Yang terakhir diterbitkan company SR sendiri ialah novel Lafazkan Kalimah Cintamu. (Hey, don't judge a book by it's title! LOL) Dua novel sebelum tu Andai Itu Takdirnya and Cinta Kau Dan Aku.
Ramai yang cakap novel-novel SR semua best. Kena faham yang "best" tu sangat subjektif. Ada reader yang suka novel romantik komedi, ada yang suka romantik thriller, ada yang suka romantik very sweet, ada yang suka novel jiwang sedih. Minat sebenarnya yang be one of the factors to determine which novel you categorized as the best. Isn't it? Ok. kalau tanya aku, personal opinion yang aku boleh bagi simple. Ya, novel-novel SR memang best dan lain dari yang lain..!
Bila dah minat sure kita nak tahu perkembangan novelis ni. Ok, SR pun ada Facebook. Click sini untuk add. Entry kali ni aku nak update tentang novel terbaru yang Siti Rosmizah akan lancarkan tak lama lagi. Pada yang dah lama menanti nampaknya penantian anda semua akan berakhir. Ini maklumat yang valid ok. Aku dapat dari Facebook SR sendiri. Tajuk novel yang baru ni masih dirahsiakan. Tapi novel terbaru SR ni akan dilancar bulan April 2011 masa Book Fair dekat PWTC yang akan diadakan if I'm not mistaken 22 April-1 Mei 2011.
Aku nak pergi actually time pelancaran novel terbaru tu nanti. Nampak sangat aku kipas-susah-mati Siti Rosmizah. Memang! Unfortunately, tarikh book fair seminggu tu clash dengan final exam aku. Kalau tak sah-sah aku jadi antara orang yang terawal dapat novel terbaru SR siap dengan autograph.
Pada yang belum baca novel-novel SR, my advice baca la sebelum korang nak dapatkan novel yang terbaru ni. Baru korang akan tahu kenapa novelis ni antara yang popular dan setiap novel yang dikeluarkan akan mendapat sambutan. Buat yang tak tahu, SR ni pernah menang award pilihan pembaca. Oklah, cukup rasanya untuk entry kali ni.
Ni, aku update info yang lebih detail pasal launching novel terbaru Siti Rosmizah. Entry yang aku buat ni dapat feedback dari SR sendiri lepas aku post link kat Facebook SR.
Date : 23 April 2011
Venue : Bilik Seminar Kedah/Johor PWTC
Time : 10.00 am
Siapa yang free time tu boleh la datang meriahkan majlis. By the way, I wish u all the best SR....=)
Ok, ni nak update sikit. Tajuk novel ni dirahsiakan lagi sebab Popular ada buat contest. Peraduan teka tajuk novel terbaru Siti Rosmizah. 50 tekaan terawal yang betul akan menang hadiah percuma yang sangat eksklusif. Hadiah apa? Semestinya novel terbaru Siti Rosmizah ni.
Ok, atas ni cover page novel ni. Tapi tak berapa jelas. Memang sengaja dibuat macam tu. Ada clue untuk korang teka dengan betul.
1. Tentang cinta
2. Nombor ganjil
3. Seperti satu syarat
4. Setiap hari ada cinta
5. Ada 3 perkataan kesemuanya
6. Perkataan pertama adalah nombor
Atas ni clue yang diberi. Sila hantar jawapan korang kat Message Box pada Facebook PilihanPopular Wadah Jiwa Bangsa. Cepat! Hari ni 18 April 2011 last sebelum pukul 12.00 kejap lagi. Good Luck...!! Aku dah berjaya teka dengan betul...=)
p/s : Mari count-down beramai-ramai...=)
Credit to Facebook Siti Rosmizah.








7 comments:
andai itu taksirnya..
siyes berjurai air mata tatkala membaca..
P/s : tumpang dtg menyemak ye,, hee
7 hari mencintaiku 7HM is the best novel for year 2011. Baru habis baca dan kalau buah tangan dr SR kalau tak nangis bukan novel SR lah namanya... Love love love this boook so so much
memang best..berbaloi sngt baca 7HM
betulll...7 hari mencintaiku paling best!!!dah berulang2 kali mengulang..he3
Semenjak bc novel 7UM, saya terus meminati karya anda. Baru hbs bc lafazkan kalimah cintamu
aku slalu follow up novel SR ni..sume novel die terkumpul kat umah..but this time..yg paling latest punye..takdir itu milik aku..sangat mengecewakan..aku xpernah kisah pasal harga janji best..tp kali ni sangat serabut baca novel baru SR..n one more thing..sgala novel keluaran SR tu langsung x berkualiti..SR x tapis dlu ke b4 cetak..rase mcm nak jual balik novel baru SR ni even baru beli mggu lepas
so far dah 4 buku dah novel dah baca SR nie...andai itu takdirnya, takdir itu milik aku, lafazkan kalimah cintamu & 7 hari mencintaiku...sekarang baru nak cari cinta kau dan aku....
Post a Comment