Review novel 7 Hari Mencintaiku. Aku dah habis baca novel ni jadi aku akan bagi review berdasarkan pandangan peribadi aku. Pada siapa-siapa yang belum baca sinopsis novel 7 Hari Mencintaiku boleh click sini. Aku memang antara die-hard-fans Siti Rosmizah. Sebab tu lah korang boleh tengok aku selalu update perkembangan terkini pasal Siti Rosmizah and novel terbaru ni, 7 Hari Mencintaiku. Ok, siapa yang tak kenal dengan novelis popular ni. Karya-karya Siti Rosmizah sebelum ni semuanya hebat, meletup dan hit! Buktinya, novel Andai Itu Takdirnya dah diulang cetak sebanyak 12 kali. Novel Cinta Kau Dan Aku dah diulang cetak sebanyak 9 kali. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu dah diulang cetak sebanyak 6 kali. 7 Hari Mencintaiku karya terbaru Siti Rosmizah.
Review novel 7 Hari Mencintaiku
Novel kali ni tampil berbeza dengan novel sebelum ni. Tema yang masih sama pasal kahwin paksa tapi jalan cerita dan kelainan pada watak buatkan novel ni jadi menarik. Kisah antara Mia Adriana dan Khuzairi dalam novel 7 Hari Mencintaiku berbeza dengan kisah Syed Aizril dan Aleya dalam Andai Itu Takdirnya, berbeza dengan kisah Farisya Iman dan Farish Hakimi dalam Cinta Kau Dan Aku dan berbeza dengan kisah Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer dalam Lafazkan Kalimah Cintamu. Berbeza walaupun semuanya kahwin paksa. Mestilah, kan? Kalau sama tak menarik la jadinya. Kali ni watak heroin pulak yang kaya tapi berlagak dan sombong. Bukan macam novel sebelum ni pasal lelaki ego dan kaya.
Novel 7 Hari Mencintaiku pendapat aku best sama macam Andai Itu Takdirnya. Novel ni tak banyak unsur humor macam Lafazkan Kalimah Cintamu atau Cinta Kau Dan Aku sebab jalan ceritanya lebih menekankan kepada nilai kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan. Apa yang aku perasan banyak watak yang dimasukkan untuk mencantikkan jalan cerita. Thumbs up! Memang best kalau tak takkan aku sanggup habiskan baca dalam masa tak sampai sehari dengan ketebalan 1050 pages. Tebal sangat! Once you start your reading, you can never stop until the end of the story.
Macam-macam cara Khuzairi ni buat nak tunjukkan keikhlasan dia tapi Mia Adriana tak pernah kesah. Sampailah berlaku sesuatu kepada Mia Adriana yang buatkan dia sedar takde orang lain yang boleh cintakan dia seikhlas Khuzairi. Tapi masa tu Khuzairi dah tawar hati. Apa yang Mia Adriana buat untuk dapatkan suami dia kembali? Apa yang menyebabkan Khuzairi tawar hati? Tak bolehlah aku nak cerita habis kat sini nanti tak surprise. Korang kena beli dan baca sendiri. Memang best cerita ni. Aku cakap best bukan sebab aku die-hard-fans Siti Rosmizah tapi sebab novel best and hebat macam ni rugi kalau korang tak baca. Aku dah baca banyak novel dan memang banyak yang ada dalam simpanan aku. Novel 7 Hari Mencintaiku antara koleksi terbaik dan sangat berharga.
Front cover novel 7 Hari Mencintaiku ada maksud tersendiri sebenarnya. Tak percaya? Ok, ini maksud disebalik front cover yang smart ni, dari Siti Rosmizah sendiri.
Ayat kat bahagian depan ni gunakan lirik lagu Mengintai Dari Tirai Kamar nyanyian kumpulan Exist. Gambar rumah mewah menunjukkan heroin cerita ni anak orang kaya. Tingkap umpama lelaki ni cuba mengintai atau dalam erti kata lain menyimpan hati pada perempuan ni walaupun dia tahu dia sememangnya tak layak. Ada 7 kelopak Bunga Ros yang berterbangan. 7 kelopak ni membawa maksud permintaan perempuan tu nanti di akhir cerita ni bila dia mula sedar ketulusan hati lelaki ni. Tapi masa tu hati lelaki ni macam dah tertutup. Disebabkan perempuan ni terlalu ingin cinta dari lelaki yang tak pernah dihargai selama ini, dia buat permintaan cukuplah '7 Hari Mencintaiku'.
Banyak pulak aku komen dan bagi review. Whatever it is, pendapat dan citarasa setiap orang berbeza. Tapi pendapat peribadi aku novel ni memang best. Wajib beli! Wajib baca! Kalau korang rasa novel Andai Itu Takdirnya best gila, novel ni pun sama best gila. Apa pencapaian Siti Rosmizah dengan karya-karya dia sebelum ni?
Andai Itu Takdirnya - Mendapat tempat pertama Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009 untuk kategori fiksyen Bahasa Melayu
Cinta Kau Dan Aku - Mendapat tempat kedua Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2010 untuk kategori fiksyen Bahasa Melayu
Lafazkan Kalimah Cintamu - Menduduki tempat pertama di carta Popular selama 32 minggu
By the way, aku bukan pakar analisis novel. Bukan editor yang berpengalaman. Cuma seorang pembaca tegar yang punya citarasa dan pendapat tersendiri. =)



20 comments:
Fakrul, bagi saya novel ni memang banyak kelainannya. Dia tonjolkan cinta dan kasih seorang lelaki.saya suka sangat2! Selalu perempuan je yang disakiti kan? Macam novel novel dia yang sebelum ni, cerita ni memnag buat saya menangis jugak.Huhuhuhu...sedih sangat.Papepun novel Siti rosmizah semua best2!!!
nampak cam tebal sgt je novel 2...tp citer dia mesti meletop...
Eiymah....
setiap novel SR memang ada kelainan walaupun basicnya still sme...
btw, novel ni memang best...=)
KunangKunang...
memang sangat tebal..
dan ceritanya memang meletup...
wajib dapatkan dan baca...
well, dah lama nak beli. cuma xde duit lagi. huhu.
dah ada 3novel sebelum ni. same as u. die hard fan siti rosmizah.
aku suka baca nocel SR pasal novel SR byk masukkan unsur keluarga dan ilmu itu aku yakin sgt penting.
harap ada duit nanti mampu la nak beli~
tggu gaji bln ni masok awal bulan depan..1st thing pas dpt wet..ofkos g cekau novel siti rosmizah ni..ari t dpt sentuh front cover jer..pgg kang sdey sbb duet xckp nk li..haha..neway..SR mg awesome!!
mntak permission share link kt blog ea. thanks.
sy baru jer beli novel nie..memang terbaik.boleh buat drama bersiri nie..
memang novel ni best...
yang lagi tiga pon sama...
dah baca empat2nya... jalan citer sama, kahwin tak rela..
tapi watak je lain kan... suka ^^
memang bez nvel ni...memang mleleh bace novel ni...n lagu lrik lgu exist mgintai dri tirai kamar memg mmbwa mksud yg sgat mndlam pd khuzairi...
smpai arini terbawak2 tringat crita 2 stiap mase...
rase puas bile ade sume koleksi novel siti rosmizah...
TERBAEKK LAH....
saya ada semua koleksi siti rosmizah..tapi yg ini lah yang saya dah baca dan tak habis.. sebab ceriter dia terlalu meleret2..tak macam novel2 dia yang lain2. yang lain2 memang superb.. baca banyak kali pun tetap tak boring..
saya baru aje start nak membaca novel ni..tak sabar nak mengetahui kisah selanjutnya...(tebal sangat) tapi overall novel-novel dari Siti Rosmizah memang superb...saya suka.
Tahniah!!
salam... mmg best novel2 siti Rosmizah.. setakat ni 3 buah novel - andai itu Takdirnya, lafazkan Kalimah Cinta & 7 hari mencintaiku mmh bagi 5 star laa...puas Hati.. menyentuh perasaan & kelakar.. cuma Cinta Kau & aku tu x baca lagi laa... senang lagi ke nak cari novel ni ek???
Novel ni memang terbaiklah ! Berulang kali baca , tak pernah nak jemu . Memang terbaiklah !
errmm...nak tanyaa,,novel karya Siti Rosmizah mmg ade 4 je ke atau ada yg laen lagi??
ade 4 ni je dulu wat mse skrg...bace la sr mmg terbaik...sy ngah bace yg last ni ar...xabes lg...tp cam kate penulis ni la da bce xley nk non stop...sy siap curik2 bce kat opis lg ar...haha
novel terbaik? hurm, to me i would think twice, cause jalan cerite quite bit around the bush. jalan cerite yang tak berkembang sangat dan keep on repeating the same point through olahan yang berbeza. just giving my opinion, no offence guys.
novel SR nie rasa mcm kita dh leh agak ending macam mana..so far novel dia dari no 1 hingga terbaru sama jer..sedih x habis2..ego2 masing2...berpisah- berbaik- berpisah berbaki...dpt kawan2 pun yang terbaik..mesti ada kawan2 yg kawin ngn kawan...sedara mara rapat...lepas tu kalu ada jumpa mak cik pak cik nenek akan anggap dan panggil mak abah keluarga angkat la..watak hero dan heroin mmg di olah terbaik smpai x nmpak cacat cela..klu laki dan pempuan mesti cantik dan kacak(kebanyakan sama dari penulis novel mmg x leh nak dielakkan)x da trill sgt kalu baca..mungkin kalu 1st time kita akan rasa mmg best tp klu dh point yg sama dh boleh agak dh..ayat yg paling popular dlm setiap novel dia..mesti ada lebih kurang mcm ni la "menjadi anak yatim/piatu sebelum masanya"....ini pendapat saya..mungkin pada masa akan datang akan terpk byk kali untuk membeli novel SR... no offence guys...peace..
Saya dah baca semua novel SR. memeang bestt TAPI..........
ngape semua ending dalam novel SR mesti happy ending like in fairytale. Adakah kita takut menerima kenyataan yang kadang kala kemahuan setiap manusia tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan dan perlu juga ada kehilangan yang hakiki. Bukankah itulah norma kehidupan.............
SR
dah dah lah semua novel pasal kahwin paksa dan keganasan rumahtangga samada fizikal dan mental, cubalah genre lain plak. coz bla dah baca semua novel mcm dah tak trill dah blh agak ending.........
Post a Comment