Tuesday, May 24, 2011

7 Novel Paling Popular Alaf 21 Jadi Drama dan Telefilem

Sekarang macam dah jadi trend novel-novel yang gempak akan diadaptasi ke layar perak, tak kiralah sama ada dalam bentuk drama, telefilem atau filem. Filem yang diadaptasi dari novel popular antaranya Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Siap dijadikan drama bersiri lagi Lagenda Budak Setan ni. Kalau ada yang tak tahu, Global Station Sdn Bhd yang penerbitnya kakak ipar Siti Nurhaliza tu akan menerbitkan telefilem dan drama bersiri yang diadaptasi daripada 7 novel popular Alaf 21.

7 novel yang popular ni merupakan antara 10 novel terbitan Alaf 21 yang mencatat jualan tertinggi melebihi 80 000 unit. Mengenai pemilihan 7 novel ini semestinya berdasarkan populariti selain jalan cerita yang berbeza-beza, menarik dan sarat dengan pengajaran. 7 novel popular yang dimaksudkan antaranya Jauh, Manisnya Cinta, Kau Yang Satu, Tiada Yang Kedua, Kau Untukku, Bayangan Rindu serta Adam dan Hawa. Semuanya akan ditayangkan menerusi saluran Astro Warna dan Astro Citra. Nampaknya kalau nak tengok 7 cerita ni kena langgan pakej Mustika.



Dalam semua 7 novel ini, 6 daripadanya akan diadaptasi kepada telefilem manakala yang satu lagi novel Adam dan Hawa akan diadaptasi kepada drama bersiri. Kumpulan indie Hujan akan menghasilkan lagu tema untuk drama ni nanti. Ada 3 novel Aisya Sofea dan 2 novel Anis Ayuni yang termasuk dalam list ni. Aisya Sofea dan Anis Ayuni merupakan Top 5 Novelis Popular Alaf 21 ataupun lagi best kalau dipanggil Golden Writers.



Aku dah baca semua novel ni kecuali Tiada Yang Kedua. Pendapat peribadi aku semua novel Aisya Sofea best especially Kau Untukku and Adam dan Hawa. Novel Kau Yang Satu by Nia Azalea pun not bad. Dah lama kot novel ni. So, tunggu dan nantikan saja hasilnya yang akan ditayangkan. Sama ada 100% ikut jalan cerita dalam novel atau akan ada changes. Agak-agak bila pulaklah novel epik thriller karya Ramlee Awang Murshid pasal perjuangan Laksamana Sunan nak difilemkan? Sure gempak habis kalau difilemkan....

Sumber : Harian Metro

19 comments:

~ Arez-Leen ~ said...

Saya dah baca semua novel2 tu.... termasuk adam & hawa...Adam & Hawa juga salah satu novel koleksi peribadi saya..sgt menarik ceritanya...jika dibuat drama pasti x saya lepaskan....

fifi said...

wahhhhh! serius suka!!! semua novel tu saya dah bace & semua novel tu jadi koleksi saya! dah berapa kali dah khatam novel2 tuuu. masyukkkk kalau novel diadaptasi jadi drama.. daripada ambik cerita2 indon, baik buat novel jadi drama. betol tak???

fakrul_roslan said...

Arez-Leen...
novel adam dan hawa memang best..

fakrul_roslan said...

Fifi...
betul tu...
sokong 100%...
drpd asyik tayang cite indon ntahapehape baik tayang drama2 dr sume novel ni...=)

nuur said...

aetujuuuuuu sangatttt!..antara novel terbaek pernah dibaca Adam & HAwa..emm kalo xsalah dlu pon da ad drama kt TV1 ..jln cerita lbeh kurg novel Kau Yang Satu..tp tu da lme dulu ..he..pendapat sy kalo novel Siti Rosmizah diangkat mnjadi drama/filem pasti meletupz u ols..terbaek dr ladang!=))

intan shyafiqa said...

adam n hawa mmg best..sye pnjam mlalui kwn sye..

intan shyafiqa said...

adam n hawa mmg best..xrugi lau beli n bce..suke sgt2..:)

Anonymous said...

ak nk novel ralee awang mursyid...jdi filem...comfirm best...

Anonymous said...

ak nk novel ramlee awang murshid jd filem...comfirm gempak...

Yun Chan Khalid said...

kan best kalau ada novel saksi cinta by wana amani. novel tu best ! Kan syok kalau jadi movie ...

Diyana said...

kalau novel diadaptasi sure best gila

adam dan hawa mmg terbaikk

vivski said...

wahh tak sabar lah nak tengok telefilem Kau Untukku tu... agaknya sapala yg sesuwaiii dgn watak Ahmad Firdaus tuh,..

Insan Yang Menanti Cinta said...

whoaaa~ hebat!! Hebat..!! Smua dan baca dan sungguh tak sabar nak tengok versi telefilem dan drama dia.. Esp Adam dan Hawa.. Agak2 siapa pelakon dia ye :) hahahah.. Harap2 best dia tetap sama.. Jgn lah tukar bnyk sangat..

Anonymous said...

kalau Ramle Awang Murshid punye novel kne pggl pengarah luar negara yg buat. Bkn ape, nnt takut xjadi je kalau pengarah kita yg buat.

Anonymous said...

I actually not a fan of malay Novel but one day I was move to read Ramlee Awg. Murshid just looking at the interesting cover "Sang Puteri" apa yg dpt saya katakan ianya amat best dan skrg saya become peminat frankly speaking it my 1st malay novel that i ever read.

Farra Joe said...

Penerbit kat Malaysia dh X ada idea ker nk buat drama???
Asyik novel jer yg dijdkn drama???

azie namico said...

klu baca novel , dia punya feel lain mcm jer...terujee..

tapi klu tengok adaptasi novel ke drama...confirm jauh beza..

Anonymous said...

Novel adam & hawa memang best...harap2 drama pun best. Jgn jadi cam drama bicara hati melalut jer & membosankan...baca novel lg best.

Noridah said...

Telefilem Jauh akan dilakonkan oleh Adi Putra dan Anzalna, confirm rasanya, shooting kat maghribi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...