Tuesday, July 26, 2011

MAID - Suri Ryana | review | sinopsis | novel | komen | baca online |

Novel M.A.I.D karya Suri Ryana. First time aku baca novel tulisan novelis ni. Kalau ada yang tak tahu MAID ni maksudnya pembantu rumah, orang gaji atau pun kalau nak glamour sikit Pengurus Kediaman! Baca dulu sinopsis novel ni...

Sinopsis novel MAID


Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.



Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Review novel MAID

Ini adalah cerita melayu yang klise! Kenapa aku cakap klise? Bila baca tajuk novel ni pun dah boleh agak jalan ceritanya. Semestinya tentang Pembantu Rumah dan Tuan Rumah. Jalan ceritanya ringan tak kompleks tak rumit. Seriously, aku tak baca dengan expectation yang tinggi sebab aku dah boleh agak ending dan jugak isu-isu lain yang diketengahkan. Tapi yang pasti lepas habis baca aku rasa novel ni tak boring sangat, not bad!

1. Suri Ryana penulis cerita ni mesti "Hantu Korea" jugak sebab hero dalam cerita ni digambarkan mukanya macam orang Korea. Badan tegap tapi kurus dada bidang muka stone batu takde perasaan, memang macam hero-hero dalam drama Korea yang sekarang ni menjadi kegilaan worldwide. Dia imagine Harris Tan Sri Hamdan macam Lee Min Ho ke?! LOL. Lagi best bila Noorul heroin cerita ni digambarkan seperti 'buah hati' aku, Fazura. Imaginasi novelis sangat first class!

2. At first, Noorul dikatakan someone yang tak berapa celik English. Memang bertarabur kalau speaking. Orang speaking pun dia tak berapa nak faham. Tapi bila dah hampir dengan ending elok pulak. Boleh faham tak payah guna kamus lagi. Tiada konsistensi pada perwatakan Noorul atau ada kemajuan pada watak Noorul lepas dia beli dictionary dekat kedai buku? Aku pun tak sure...

3. Story between Noorul and Harris boleh dikatakan sweet jugak lah! Lawak pun ada. Especially during the time when their relationship still as Pembantu Rumah and Tuan Rumah. Thumbs up  for this!

Ceritanya biasa-biasa saje, tak terlalu mengujakan. Walaupun ceritanya memang klise tapi tulisan Suri Ryana ni still menghiburkan. Bolehlah kalau setakat nak hilangkan stress. Tak rugi baca pun sebenarnya. Kalau tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian tahun depan mungkin aku akan vote jugak! Aku boleh bagi 5 out of 7! My personal opinion. Orang lain aku tak tahu. Citarasa dan pendapat setiap orang berbeza.   


By the way, aku bukan pakar analisis novel. Bukan editor yang berpengalaman. Cuma seorang pembaca tegar yang punya citarasa dan pendapat tersendiri. =)  

2 comments:

xanaZarwena said...

aku sokong no. 2 ko... x konsistensi.. biler baca aku pun mcm pelik..dalam hati "aik, dh hujung2 paham jer pulak biler laki dier berabuk speaking london..awal2 word 'clumsy' pun x paham" ...

bg aku novel ni mmg ringan sgt.. nak kata sedih x smpai mengalirkan airmata pun, lawak? just tersenyum jer xde smpai tergelak sensorang.., happy..beser2 jer...tp menghiburkan laa utk hilangkan stress...

bg aku karya SR paling boleh buat tersentuh emosi...

Kiki Kiari HMS said...

I dah baca novel ne BANYAK kali sebab memang Klise. Novel yang akan dibaca untuk menenangkan fikiran. Kalau stress baca novel SR, lagi stress. haha. Novel ne memang good for light reading. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...