Monday, July 11, 2011

Uda Dan Dara - Novel Terbaru Aisya Sofea | sinopsis | review |

Aisya Sofea, one of the Golden Writers yang jugak antara novelis paling popular keluarkan novel baru untuk bulan Julai 2011 ni. Novel sebelum ni Masih Setia pun best, not bad! Adakah penangan novel Aisya Sofea yang terbaru ni akan sehebat novel Adam Dan Hawa yang akan diadaptasi ke drama tak lama lagi? Jom baca sinopsis novel terbaru Aisya Sofea, Uda Dan Dara.


Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Ok, front cover sangat feminin but still cute. Novel ni setebal 560 pages and berharga RM 22.00 sahaja. Perlu dapatkan untuk melihat dan membaca gaya tulisan Aisya Sofea yang menarik dan bersahaja. 

8 comments:

syafiqah shainisi said...

salam,novel adam dan hawa nak diadaptasi ke drama ke?tv ape?ble start tayang?

fakrul_roslan said...

boleh baca dengan lebih lanjut pasal 7 novel paling popular Alaf 21 jadi drama dan telefilem dengan klik link pada words Adam Dan Hawa on top of this entry...

Anonymous said...

x sggop nk tgok spe yg jd adam .
tkot x mcm adam dlm novel 2 .
hu3

cheqlili said...

betul tu..kalu dlm novel 2 adam mix melayu&irish..

Noridah said...

ada yang baru rupanya, novel masih setia tu pun belum habis baca lagi.

Noridah said...

ada dalam paper cerita pasal aeril zafrel kata akan mula pengambaran drama adam dan hawa lepas raya ni, apa watak yang dia bawa tak cerita pulak...

Nida9220Bakri said...

Watak Adam Mukhriz Gellespie di bawakan oleh Aaron Aziz. Walaupun saya sangat menyukai lakonan Aaron,namun sudah semestinya Aaron tidak memenuhi ciri2 Adam Mukhriz yang digambarkan oleh penulis. Aaron bukan Malay+Irish. Dan Aaron tidak tinggi seperti yang kita 'kenal'dlm novel. Manakala watak Ain Hawani pula dibawakan oleh Nadia Nisaa.Saya pun tidak tahu mengapa dia yang dipilih. Namun, tetap menantikan drama ini di telivisyen.

Anonymous said...

Nadia nisa blakon ok..aaron pn ok..tp masih rasa kurang sbb x memenuhi kriteria fizikal n rupa sperti yg digambarkan n dibayangkan oleh pembaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...