Friday, August 5, 2011

Sekebun Bunga Cinta - Liyana Zahim

Novel Sekebun Bunga Cinta by Liyana Zahim...eh, kenapa aku rasa tajuk ni macam lirik dalam lagu Ziana Zain yang diterbalikkan...LOL. Novel ni adalah novel terbaru terbitan Alaf 21 untuk Trionovel Ogos 2011. 




Sinopsis Sekebun Bunga Cinta

Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu? 

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.

Few informations about this novel...536 pages and the price is RM 22.00 

1 comment:

Liyana Zahim said...

Hi tq 4 reviewin my novel.. Well actualy da title has given by alaf.. Perhaps it is inspired by da song title itself.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...