Wednesday, April 18, 2012

Dia Segalanya - Sha Ibrahim | sinopsis | review | komen | baca online | novel | beli online |

Novelis yang sebelum ni dengan novel Biarkan Ia Berlalu. Novel terbaru karya Sha Ibrahim, Dia Segalanya. Novel ni pun lebih kurang sama tebalnya dengan novel sebelum ni. Novel Dia Segalanya by Sha Ibrahim, 1128 pages.



Sinopsis Dia Segalanya
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?
Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….

2 comments:

//alya said...

Dia Segalanya. Bila mula membaca novel ini tak boleh berhenti. Kesudahan nya boleh dijangka, tapi bagaimana Sha membawa kita menyelami dan menghayati perasaan, itu yang tidak dapat ditahan tahan. less then 24 hour, tamat sudah novel setebal 1112 muka ini dihayati, di sudahi dengan linangan airmata. Tahniah Sha coretanmu berjaya menyentuh kalbu dan meruntun jiwa.

Anonymous said...

Nk bli. Nk bli jgak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...